Berita

 

Majlis Perasmian UTC Sarawak

Disiarkan pada 27 Feb 2015

Akauntan Negeri Sarawak bersama dengan pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah hadir dalam sambutan perasmian UTC Sarawak oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26.2.2015.

majlis perasmian utc sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika tiba pada majlis perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah membuka kaunter kutipan di UTC untuk kemudahan orang awam berurusan dengan Perbendaharaan Negeri Bahagian Kuching. Dibangunkan dengan kos RM45.8 juta, UTC Sarawak yang disiapkan dalam tempoh 12 minggu adalah kemudahan kelapan seumpamanya diwujudkan di negara ini. Sejak mula dibuka kepada umum September tahun lalu, UTC Sarawak yang menawarkan perkhidmatan 47 jabatan dan agensi kerajaan sehingga kini menerima lebih 260,000 pengunjung.




© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman