News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Mac 2015)

Posted on 16 Mar 2015

Akauntan Negeri Sarawak telah menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2015 dalam ucaptamanya pada perhimpuanan Refleksi 1Perbendaharaan bagi bulan Mac pada 3 Mac 2015 yang lalu. Masyarakat Cina menyambut tahun kambing pada tahun ini. Semua pegawai di Ibu Pejabat dan wakil daripada Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Samarahan telah berhimpun di Ruang Legar, Tingkat Bawah, Menara Pelita bagi mendengar amanat Akauntan Negeri Sarawak. Upacara telah dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku dan Lagu Jabatan, yang iikuti dengan bacaan Visi dan Misi serta Ikrar Integriti Jabatan.  

Akauntan Negeri Sarawak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Awang Sahmat Bin Awang Sharkan merupakan Penolong Akauntan Negeri (Inspektorat), yang telah kembali ke rahmatullah pada 13.2.2015. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. 

Beliau menyeru semua staf agar mengimbau kembali apa yang telah dicapai dalam bulan Januari dan Februari 2015 yang lalu dan berpesan agar jika apa yang telah dicapai adalah sedikit maka perlu diusahakan lagi dan sekiranya banyak, beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian berkenaan.

Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa Penyata Kewangan Negeri 2014 telah berjaya diserahkan kepada pihak Audit pada 18.2.2015. Iaitu 10 hari lebih awal dari tarikh sasaran jabatan. Beliau mengucapkan tahniah kepada Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, Akauntan (Perakaunan) dan staf Seksyen Perakaunan dan Kewangan khasnya kerana berjaya menyediakan pada masa yang disasarkan.

Beliau juga menegaskan bahawa jabatan telah berjanji agar lejar dan akaun akan dikemaskini dalam erti yang sebenarnya iaitu selewat-lewatnya 30.6.2015. Bermaksud akaun yang sepatutnya kosong hendaklah kosong, sekiranya ada akaun yang berbaki maka justifikasi yang padat hendaklah dinyatakan. Beliau menggesa agar tindakan yang wajar diambil agar lejar yang sepatutnya sifar tetapi mempunyai baki diambil tindakan penyesuaian yang pantas agar akaun dapat diselesaikan dan tiada tunggakan pada lejar yang sepatutnya.

Akauntan Negeri juga memaklumkan bahawa pihak Jabatan Ketua Menteri telah memberikan notis untuk penghantaran projek 'Key Focus Activity' (KFA) untuk tahun 2015. Sejak mula KFA diperkenalkan pada tahun 2010, jabatan telah mula mengemukakan 5 projek KFA dan semuanya amat berjaya. Tahun ini projek KFA lagi telah diterima hasil cadangan Akauntan Samarahan.

Beliau menyampaikan berita gembira kerana 2 pasukan KIK dan QE/5S telah dijemput untuk bertanding di Korea pada Oktober 2015, dan mengucapkan tahniah kepada Kumpulan KIK  di bawah bimbingan Pem. Penolong Akauntan Kanan (Gaji) dan Kumpulan QE/5S di bawah bimbingan Akauntan (Perancangan). Beliau menzahirkan harapan agar permohonan untuk penyertaan ke Korea ini mendapat kelulusan pihak Jabatan Ketua Menteri.

Jabatan juga telah menerima pelawaan daripada MOSTI (Ministry Of Science, Technology And Innovation) untuk Kumpulan KIK (SKIP) mengambil bahagian dalam pertandingan KIK anjuran mereka pada tahun ini. Harapan beliau agar kumpulan ini berjaya dalam pertandingan ini.

Sukan Dwi Tahunan 2015 juga kini sedang giat diuruskan oleh Pem. Akauntan Negeri Kanan (Perakaunan) bersama pihak Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Beliau berharap agar pegawai yang terpilih memberikan komitmen sepenuhnya supaya jabatan dan pihak Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak mendapatkan kejayaan pada Sukan Dwi Tahunan ini.

Diakhir ucapan beliau, Akauntan Negeri Sarawak berharap agar semua aktiviti yang dirancangkan dan sedang dijalankan membawa kejayaan dan mengharumkan nama Jabatan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman