News

 

Sambutan Tahun Baru Cina 2015

Posted on 25 Mar 2015

Sambutan Tahun Baru Cina 2015 telah diadakan secara sederhana pada 13.3.2015 di Bilik Persidangan, Menara Pelita. Majlis ini telah disempurnakan oleh Akauntan Negeri Sarawak yang sempat meluangkan masa beliau bersama staf berbangsa Cina untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina.Walaupun beliau agak sibuk dengan jadual beliau dan Sambutan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina telah berakhir, namun jabatan telah berjaya mengadakan majlis ini yang diraikan bersama semua kaum. Akauntan Negeri Sarawak memberikan ucapan aluan kepada kaum Cina dan amat gembira kerana dapat bersama-sama masyarakat Cina dalam sambutan Tahun Kambing ini. Puan Foo Ting Ching mewakili kaum Cina telah memberikan ucapan terima kasih dan menyampaikan harapan agar tahun ini membawa tuah, dilimpahi rezeki dan semua kebaikan kepada semua yang hadir.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman