News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (April 2015)

Posted on 20 Apr 2015

Semua staf Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah berkumpula pada perhimpunan bulanan staf Perbendaharaan Negeri Sarawak bagi bulan April telah diadakan diperkarangan Ruang Legar, Tingkat Bawah, Menara Pelita pada 14.4.2015, untuk mendengar amanat daripada Akauntan Negeri Sarawak. Beliau mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Jamilah Muni atas pemergian bapa Puan Jamilah pada bulan Mac yang lalu. Juga kepada saudara Peter Buyok (Akauntan PB Miri) yang telah kehilangan ibu beliau pada awal April.Akauntan Negeri Sarawak juga merakamkan ucapan tahniah kepada saudara Sharffini (Akauntan PB Sibu), Peter Buyok (Akauntan PB Miri) dan Puan Juliana (Akauntan Unit Dana, Ibu Pejabat) di atas kenaikan jawatan Gred 44 sementara. Beliau berharap mereka akan lebih terdorong atas perlantikan ini.

Beliau memulakan amanat beliau dengan memetik kata-kata daripada Deborah Henry, 'Sosial Activist' iaitu " kita semua diberi masa yang terbatas di dunia ini. Atas alasan ini masa tidak ternilai harganya.  Perihal cara mengguna masa bergantung dengan cara kita memilih hidup setiap hari; cara kita untuk membuat kelainan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan. Maka gunakan masa itu sebaiknya. Ia boleh mampu mengubah hidup sesorang."

Ungkapan ini amat sesuai untuk dijadikan pedoman semasa di pejabat. Beliau menasihati agar semua staf membuat sesuatu kerja yang diamanahkan sebaik yang boleh dan seteliti yang mampu. Beliau mahukan setiap keputusan yang telah diambil untuk dilaksanakan di pejabat telahd difikir, dibincang dan dibahas oleh pengurusan. Dalam semua hal ia dibuat atas dasar memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan atau 'stakeholder'.

Bagaimanapun beliau memaklumkan bahawa kadang-kadang tanpa disengajakan keputusan ini tidak sampai kepada staf sokongan. justeru itu, beliau berharap kepada semua ketua seksyen untuk menjelas apa-apa keputusan, pekeliling, memo dan sebagainya kepada staf masing-masing.

Ini kerana pelanggan biasanya akan merujuk isu-isu yang mereka ada terus kepada staf kalau ketua seksyen tidak ada di pejabat. Beliau suka sekiranya rujukan begini dapat dijawab terus oleh staf yang berkenaan. Kerana untuk staf memberi jawapan yang jelas dan betul amatlah penting staf kita tahu apa yang ditanya oleh pelanggan dan apa yang hendak dijawab.

Beliau juga meminta agar semua Ketua Seksyen/Ketua Unit menjalankan tugas menjelaskan sesuatu pekeliling, memo dan sebagainya. Pada masa yang sama, semua staf harus faham dan maklum isi kandungan pekeliling atau memo berkenaan. Dengan demikian, beliau percaya semua staf sama-sama akan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sebelum mengakhiri amanat, beliau mengingatkan agar tidak memberikan jawapan kepada pelanggan sekadar melepas batuk ditangga.

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman