News

 

Agenda Perbendaharaan 2015

Posted on 29 May 2015

majlis pelancaran agenda perbendaharaan 2015

Agenda Perbendaharaan yang merupakan acara tahunan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dalam merangka Pelan Strategik Jabatan telah diadakan pada 9-10 Mei 2015. Acara ini telah diadakan di Damai Beach Resort, Kuching yang mana telah dihadiri oleh staf Jabatan di Ibu Pejabat dan Perbendaharaan Bahagian. Selain daripada membentangkan pencapaian Pelan Strategik tahun 2014, majlis juga diadakan dengan pelancaran Balanced ScoreCard Jabatan dan Pembayaran melalui 'Electronic Fund Transfer'.

Pada sebelah malamnya diadakan majlis makan malam dengan pelbagai aktiviti yang telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Agenda Perbendaharaan. Antaranya adalah aktiviti nyanyian, permainan kanak-kanak, persembahan tarian oleh pihak jawatankuasa dan pihak pengurusan, pasangan paling 'sporting, seksyen yang paling 'sporting'. 

majlis makan malam part1

Majlis makan malam ini juga diserikan dengan Akauntan Negeri Sarawak mendendangkan lagu dan bersama-sama dengan Pihak Pengurusan untuk membuatkan persembahan kepada hadirin. Pegawai juga dihiburkan dengan acara cabutan bertuah dan persembahan oleh anak-anak kakitangan.

majlis makan malam part2



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman