News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Jun 2015)

Posted on 27 Jun 2015

Pada 16 Jun 2015, Refleksi 1Perbendaharaan telah diadakan di Ruang Legar, Tingkat Bawah, Bangunan Menara Pelita. Akauntan Negeri Sarawak, Datu Jumastapha Bin Lamat menyampaikan ucapan takziah kepada Puan Dayang Hamsiah di atas pemergian ibu beliau, juga kepada saudara Zainal Bujang di atas pemergian bapa beliau. Datu juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Akauntan Perancangan di atas penerimaan pingat sempena Hari Lahir TYT tahun lepas dan telah menerima Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) berkenaan di Sibu pada Mei 2015. Ketiga, beliau mengucapkan  tahniah kepada kumpulan Jabatan yang telah menyertai Sukan Dwi Tahunan 2015 di Kuala Terengganu dan telah mendapat kejayaan berikut:

  1. Karom - Tempat ke-2
  2. Ping Pong - Tempat ke-3
Tahniah juga kepada staf kanan jabatan yang telah dinaikkan pangkat seperti berikut:
Gred 41 ke Gred 44:
  1. Juliana Binti Hadari
  2. Sharifah Rodziah Binti Syeed Aman Ghazali
  3. Peter Anak Buyok
  4. Ammy Suria Binti Mohamad
  5. Salmiah Binti Mat
  6. Haslinda Binti Abdul Ghani
Gred 17 ke Gred 22:
  1. Zul Azlan Bin Sheblee
  2. Bossly Bin Jemali
  3. Kee Kia Ling
  4. Gracie Ak. Kadol
  5. Rohana Binti Sylvia
  6. Ellsie Anak Bisa
  7. Lyda Ak Mambai
Akauntan Negeri Sarawak juga mengucapkan selamat datang kembali kepada saudara Dr. Rabuan Mantine ke pejabat selepas 2 tahun dipinjamkan ke Uni College Technology (UCTS) Sibu. Dan pada masa yang sama selamat bertugas kepada saudara Mohd. Shariffini yang akan mengantikan Dr. Rabuan Mantine di UCTS mulai Jun 2015.
Beliau memaklumkan satu isu yang hendak dikongsikan bersama, yang mana sangat penting bagi imej jabatan iaitu penubuhan satu Jawatankuasa Khas Tugas Perakaunan (Accounting Taks Force) di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.
  1. Ahli Accounting Task Force ini terdiri daripada mereka-mereka yang terlibat langsung dengan tugas-tugas perakaunan. Ini adalah penyeliaan diperingkat teratas.
  2. Secara am, tugas utama jawatankuasa ini adalah memastikan semua kerja berkaitan penyediaan Penyata Kewangan Negeri Tahunan disediakan dengan cepat, tepat dan paling penting juga tanpa teguran. Maksudnya semua kerja terperinci daripada penyediaan dan pengeluaran akaun harian dan bulanan, penyesuaian dan pembetulan. Penyesuiaan penyata bank, buku tunai, CIT, deposit-deposit dan seumpamannya dibuat dengan seteliti-telitinya sesuai dengan konsep "Yang Kosong Biar Kosong" dipaktikkan. Jangan jadi slogan sahaja. Tindakan yang perlu dibuat kini adalah: (i) 'Action Officer' mesti lebih mahir menjalankan tugas yang diamanahkan; (ii).  Semua lapisan penyelia sama ada Gred 22, 27, 32, 36, 41, 44, 48, 52, 54 mesti lebih 'pro aktif' melaksanakan pengawasan dan 'coaching'; dan (iii). Laporan khas hendaklah dibentang kepada Pengurusan sekerap mungkin.
  3. 'Action Officer' perlu bertanya sekiranya ada masalah dan tidak boleh berdiam diri sahaja.
  4. Pada masa yang sama, penekanan perlu diberi kepada penyeliaan. Penyeliaan  bermakna bukan sahaja melihat dan memasti tugasan staf dibuat dengan tersusun rapi dan betul serta tepat masa. Ia juga merangkum tunjuk ajar macam mana tugas itu patut dibuat.
Akauntan Negeri menghendaki penyeliaan seharusnya paling efektif diperingkat Ketua Seksyen dan Ketua Unit. Mereka adalah peringkat yang sepatutnya menyelesaikan segala isu. Sebab itu, mereka diberi amanah memikul jawatan itu pada gred yang setimpal.
Beliau berpandangan, pujian dan penghargaan yang diberi kepada kita sepatutnya atas asas kita memang sepatutnya 'deserve', bukan kerana kita terpaksa merayu atau 'beg for it'. Justeru itu jabatan mengadakan projek 'Mentoring' yang dipantau oleh Pegawai Tadbir. Beliau juga mencadangkan agar diperkenalkan satu projek iaitu "Buku Log Tugasan Harian".
Buku ini akan mengandungi tugas-tugas yang diterima daripada penyelia pada setiap hari. Ia berfungsi untuk mengingatkan staf tugasan yang perlu disiap atau yang masih belum disiapkan. Staf berkenaan, penyelia dan Ketua Seksyen adalah bertanggungjawab memastikan Buku Log ini dikemaskini setiap hari.
Akauntan Negeri berpandangan yang buku ini perlu disebabkan pengamatan beliau bersandarkan pengauditan pihak Jabatan Audit Negara yang lalu. AP143(a) ada menyatakan 'Semua buku akaun hendaklah diimbangkan tiap-tiap bulan". Beliau menekankan dalam Arahan Perbendaharaan ada menyebut pada mukasurat vii iaitu "kurang pengetahuan mengenai AP tidak akan diterima sebagai satu alasan AP tidak dipatuhi". Bermakna semua kita tidak dapat terlepas dari tanggungjawab kita.
Teguran Audit ada juga positif iaitu pendekatan yang dilihat amat berkesan dengan cara penyelesaian secara berpasukan dalam mana ada 'intersection effort' antara seksyen untuk berkumpul bersama dalam sesi seperti lab yang diadakan. Pendekatan ini harus diterikan ke atas isu-isu lama.
Beliau mengegaskan atas insiatif Seksyen Kewangan dan Seksyen Perakaunan yang telah bersatu di bawah pengawasan Timbalan Akauntan Negeri telah mampu menyelesaikan serba sedikit isu yang dihadapi. Justeru itu, beliau berpendapat apabila ada saja isu timbul dalam satu-satu bulan, lab itu hendaklah terus digerak dan mencari penyelesaian.
Dalam mengakhiri amanat beliau, Datu Jumastapha menegaskan sebagai professional dalam bidang perakaunan semestinya semua staf tahu cabaran yang bakal sentiasa dihadapi. Semua perlu maju ke hadapan dan ambil cabaran untuk menambahkan ilmu, memperbaiki kerja dan menjulang imej jabatan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat berpuasa.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman