News

 

Majlis Penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Negeri Sarawak

Posted on 11 Jul 2015

Majlis Penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Negeri

Pada 3 Julai yang lalu satu majlis Penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi Bin Haji Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dengan disaksikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Upacara berlangsung di Hotel Four Point, Kuching. Seramai 101 kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak menerima sijil Kenaikan Pangkat dari Gred 44 ke Gred 48 dan dari Gred 41 ke Gred 44. Seramai 6 orang staf jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima sijik kenaikan pangkat dari Gred 41 ke Gred 44 pada hari tersebut.

 

Berikut adalah antara ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam merasmikan majlis penyampaian sijil :

Teks Ucapan

YB Tan Sri Datuk Amar  Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani

Setiausaha Kerajaan Sarawak

Pada Majlis Penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Negeri Sarawak

 Pada 3 Julai 2015


 

Salutation ...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya maka kita dapat bersama-sama pada majlis yang ringkas tetapi sangat bermakna pada petang ini iaitu Majlis Penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Negeri Sarawak yang akan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Majlis kita pada hari ini melibatkan kumpulan pertama seramai 101 orang pegawai kerajaan Negeri yang telah diberi kenaikan pangkat masing-masingnya di Gred 44 dan 48. Saya suka untuk berkongsi di sini bahawa para pegawai yang kita raikan ini adalah kumpulan pertama yang telah melalui proses kenaikan pangkat melalui “Career Progression framework” yang telah ditetapkan oleh PAN Negeri.

Untuk makluman, seramai lebih kurang 167 orang lagi pegawai di gred 41 masih dalam proses untuk ditemuduga dan bagi yang berjaya nanti, tarikh kenaikan pangkat mereka akan diselaraskan agar selari dengan tarikh kenaikan pangkat kumpulan pertama pada hari ini iaitu berkuatkuasa 1 Julai 2015.

Dalam masa yang sama, proses kenaikan pangkat ke gred 48, 52 dan 54 juga sedang dilaksanakan dan masih dalam proses penilaian di bawah Career Progression Framework yang menilai tahap kecekapan dan kompetensi bagi memastikan para pegawai yang dinaikkan pangkat benar-benar layak dan memiliki tahap kompetensi yang diperlukan untuk gred jawatan yang disandang.

Semua usaha ini adalah bagi menjamin dan memastikan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mencapai tahap kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dengan amanah di pelbagai peringkat kepimpinan. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sentiasa peka dan prihatin terhadap pembangunan kerjaya penjawat awam Negeri Sarawak.

Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia khususnya kepada Tan Sri KPPA sendiri yang sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan kerjaya kakitangan kerajaan Negeri dan dengan hal yang demikian telah bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri dengan meluluskan jawatan flexi 41/44 dan jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP). 

Harapan saya agar anugerah kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat untuk kita sama-sama bergerak ke arah kecemerlangan dan berkhidmat dengan berintegriti. Ini adalah anugerah dan dalam masa yang sama adalah satu amanah.

Setiap jawatan dan gelaran datang bersama amanah dan semakin tinggi kedudukan kita di dalam sesebuah organisasi maka semakin beratlah tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Namun saya percaya kita yang ada di dalam dewan ini adalah dari kalangan yang sangat optimis dan sanggup untuk memikul amanah tersebut demi kesejahteraan rakyat keseluruhnanya sesuai dengan moto PANS “An Honor to Serve”.

YBhg Tan Sri, hadirin sekalian,

Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah memulakan usaha transformasi seawal tahun 2010 dengan memperkenalkan visi untuk menjadi “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia” menjelang 2020 dengan misi yang lebih focus dan terarah iaitu “Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Cemerlang Melalui Pasukan Kerja yang Berprestasi Tinggi”

Justeru, sebagai usaha untuk memastikan perjalanan transformasi PANS berada pada landasan yang betul serta dilaksanakan secara berstruktur dan sistematik dengan kerangka yang jelas, PANS melalui HPT Retreat 2012 telah memperkenal satu rangka kerja jangka panjang dikenali sebagai SCS 10-20 Action PlanSCS 10-20 Action Plan adalah pelan tindakan sepuluh (10) tahun, bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2020 meliputi lapan (8) bidang utama bertujuan untuk melonjak dan mempercepatkan proses transformasi PANS. Lapan (8) bidang tersebut adalah Managing Culture Change, HR Talent Management, Managing Customer Needs, Innovation and Creativity, e-Government, Project and Program Delivery Excellence, Financial Management Transformation dan Sarawak Excellent Administration of Legal Services (SEALS).

Walaupun HR Talent Management di bawah SCS 10-20 Action Plan secara rasminya didokumenkan pada tahun 2012, namun usaha menambah baik pengurusan sumber manusia negeri sebenarnya bermula lebih awal iaitu sekitar tahun 2011. Banyak siri lab telah diadakan bagi membincang dengan terperinci aspek-aspek penting dalam pengurusan talent. Hasilnya, kita telah membangun satu rangka kerja yang komprehensif meliputi empat inisiatif yang saling berkait iaitu, Recruitment and Selection, Performance Management, Training, Education and Development dan Continuity Planning. 

The outcome of this comprehensive and systematic development process will be a civil service manned by talented and wholesome individuals that are professionally trained and developed, highly competent and very dedicated. They would have the capability, capacity and compassion to serve our rakyat and the government.

YBhg Tan Sri,

Although we are increasingly facing resource constraints, the expectations and demand from our rakyat keep escalating. To accelerate the pace of Sarawak’s development and meet the aspiration and expectations of our people, our implementing machineries and delivery mechanisms must be world class. Therefore, it is imperative that all our civil servants are competent in accomplishing their tasks and responsibilities.

Allow me to elaborate further on what I mean by being competent workforce. Very often competency is seen in a narrow perspective to mean only the skills and knowledge needed to execute our tasks efficiently and effectively. However, as the OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) commented in its report “The Definition and Selection of Key Competencies (2005)”, competencies are more than just skills and knowledge. A much more critical component is the psychosocial traits which include aspects as attitude, emotions and motivations as well as the social competencies to build and utilise social capital. The comprehensiveness of the meaning of competency is adequately illustrated by a Reuter’s news report on November 12 last year that the Prime Minister of Iraq, Haider al-Abadi, has dismissed 26 of his military commanders for incompetence. According to Haider, although all of these commanders were capable technically and intellectually smart, they were sacked because they lacked efficiency, courage and integrity.  Hence competency is combination of relevant knowledge, skills, talents, values and psychosocial factors.

Therefore in developing ourselves to be excellent workforce and leaders in the civil service, we need to have a complete range of competencies which includes core competencies, behavioural competencies and technical competencies. Apart from having the skills and knowledge, we need to have the values and the right attitude and the capacity to inspire, motivate and manage change and to be role model as well as the foresight and wisdom to generate new ideas and perspectives on governance, leadership and organisational effectiveness. As civil servants, we must also understand the socio economic and political context in which we operate and their relationship with the society and the global environment. Hence, as civil servants, we must become life-long learners.

From the examples it is clear that concept of being competent is holistic. Sure we must have the skills and knowledge to execute our responsibilities.  Our competency will not be complete if they did not acquire the appropriate values to shape their emotions and attitude to become truly passionate, self-driven, and highly capable in their jobs.

In SCS, we have also identified six shared values that are integral and formed as bedrock to SCS transformation and must be internalised and practiced by all civil servants.  Understanding and actualising these six core values and our common vision and mission is equally critical to compliment competencies that we must have as civil servants to enable us to achieve our collective purpose.

Our vision is to be a world class civil service. But this is only a means towards the end.  What is more important is to recognise that we want to be world class because we want to improve and change the lives of our people for the better by providing superior service.  This is our noble cause and sense of purpose that is enshrined in our philosophy of “An Honour To Serve” Our service delivery can be considered to be excellent and world class only if it makes life easier and better for those that we serve.

The goal should be to remove obstacles and expand the range of opportunities for prosperity and provide the means to our people to benefit from these opportunities.  All that we do will be in vain, if the rakyat for whom these services were meant for, does not feel the difference in their everyday life. Everybody must feel the difference. Our rural community feel happier when they have better amenities. The youth and the graduates should feel happier because now they have more job opportunities, the businessman should feel happier because the cost of doing business has gone down and it is easier to deal with government and to start a business; the farmers should feel happy because with the assistance of technology and guidance from the Agriculture Department, their farm productivity has gone up. 

Everything that we do, the development projects that we undertake, the programs that we implement, and the plans that we execute must all make a positive difference to our people and our communities. It must empower them to solve their problems and energise them to act to achieve their aspirations and dreams.

This is not an easy task, but one that can give us tremendous satisfaction and sense of worth when done well. It is our entrusted duty to ensure that we do it well. By doing well, we can make Sarawak a truly special place to live, work or do business, a place that we can all be proud of.  A developed state that will make Malaysia proud.

Pembangunan kompetensi perkhidmatan awam negeri Sarawak perlu dilakukan secara intensif dan menyeluruh mengambilkira keperluan dan cabaran semasa dan dekad yang akan datang. Globalisasi dan kepesatan pembangunan ICT telah mematangkan rakyat yang sekaligus mematangkan juga tahap ekspektasi mereka terhadap perkhidmatan kerjaaan.

Justeru, pada tahun ini Unit Sumber Manusia Negeri telah menambahbaik pendekatan transformasi sumber manusia secara menyeluruh (comprehensive) dengan memberi fokus yang lebih khusus terhadap inisiatif-inisiatif yang lebih strategik. Antara adalah melibatkan HR planning & Policy review, startegic HR which is align to organisational outcome, structured development of talent pool & SCS leader through continuity planning framework and leadership development program, structured career development pathways, integrated HR systems (GEMS) and solutions to generate comprehensive and reliable HR data base, improve HR processes, speed & response time, more engaged HR unit, strengthened HR capacity through smart partnership and internalization of shared values.

Tan Sri KPPA,

Proses transformasi perkhidmatan awam negeri Sarawak yang bermula pada tahun 2010 lebih banyak memberi fokus kepada penambahbaikan terhadap proses dan sistem. Menerusi SCS 10-20 Action Plan yang mengandungi 8 bidang utama seperti yang saya nyatakan tadi, agenda transformasi menjadi lebih tersusun dan berstruktur. Pelbagai kejayaan dan anugerah baik dari dalam mahupun luar negara telah kita peroleh hasil daripada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan pembaharuan sejak pelan tersebut kita perkenalkan pada tahun 2012. Dalam erti kata lain, SCS 10-20 is an award winning transformation framework.

Namun, selepas hampir lima tahun, kita mendapati bahawa usaha penambahbaikan tersebut masih tidak mampu untuk melonjak tahap perkhidmatan kita kepada rakyat. Ini kerana pada hakikatnya perkhidmatan kita bergerak dengan kapasiti yang sangat rendah. Mengambilkira semua cabaran dan tekanan yang kita hadapai, sudah tiba masanya untuk kita melihat semula bukan sahaja tahap kompetensi tetapi kapasiti yang ada dalam perkhidmatan awam negeri yang ada sekarang.

Justeru, kita telah memulakan usaha Penstrukturan Semula secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan sebenar (righsizing) untuk kesemua kluster perkhidmatan yang ada iaitu Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Bahagian dan Daerah, Pejabat Peguam Negeri dan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri. Disamping itu kita juga akan melihat semua Agensi-Agensi Persekutuan yang redundant dan yang mana tugas mereka boleh dilaksanakan oleh Agensi/Jabatan Kerajaan Negeri yang sedia ada. Perkara ini juga telahpun mula kita bincang bersama dengan Tan Sri KPPA dan beliau amat faham dan prihatin juga tentang isu ini.

Saya percaya usaha ini telah mendapat sokongan padu pihak JPA, khasnya Tan Sri KPPA sendiri yang faham akan kedudukan Sarawak secara amnya dan saya dimaklumkan susulan daripada perjumpaan kita pada awal bulan ini, pihak JPA telah datang ke Kuching dan sedang berusaha merealisasikan keperluan kita berdasarkan keutamaan pada ketika ini. Untuk itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, KPPA. Saya dan seluruh anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan yang ada di Sarawak menaruh kepercayaan yang amat tinggi terhadap sokongan padu JPA dan Kerajaan Persekutuan dalam mendokong hasrat Kerajaan Negeri untuk memenuhi aspirasi rakyat Sarawak keseluruhannya. Ingin saya nyatakan sebagai akhir kata bahawa dengan terlaksananya dan tercapainya transformasi perkhidmatan awam negeri serta penstrukturan semula agensi dari segi pemantapan capacity and competency pegawai maka lebih ramai lagi anggota PAN akan mendapat peluang kemajuan dalam kerjaya mereka dan lebih sedia lagi kita dalam PAN untuk melaksanakan pelan transformasi sosio ekonomi negeri yang telah kita siapkan pada tahun lepas agar Negeri Sarawak dapat mencapai kemajuan yang lebih pesat lagi yang setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Oleh itu, bersedialah, tingkatkan commitment kita dalam transformasi PAN dan transformasi sosio ekonomi negeri. The success of the state and the nation depend on our readiness to commit ourselves fully to work hard and become excellent corporate citizen. It always an honour to serve. 

Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah.

Assalamu’alaikum w.b.t

TAMAT



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman