Berita

 

Majlis Agihan Bubur Lambuk Dan Khatamal Quran

Disiarkan pada 15 Jul 2015

majlis agihan bubur lambuk dan khatamal Quran

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (KIPAS) telah mengadakan majlis Khatamal Quran pada 10 Julai 2015 yang lepas. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Awang Ikwan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, TIngkat 11, Menara Pelita bermula pada pukul 2 petang. Sebelum dari itu, 30 orang pegawai telah bersetuju untuk membacakan 30 juzuk surah Al-Quran. Majlis kemudiannya disambungkan dengan Majlis agihan Bubur Lambuk sempana Bulan Ramadhan. Tuan Haji Awang Ikwan menjadi wakil Akauntan Negeri Sarawak untuk mengagihkan bubur lambuk kepada staf yang bertugas di Menara Pelita. Turut hadir adalah Dr. Rabuan Mantine, Penolong Akauntan Negeri (Perakaunan).



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman