News

 

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih

Posted on 27 Jul 2015

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (KIPAS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih sempena Bulan Ramadhan yang lepas. Semua staf beragama Islam beserta keluarga adalah dijemput hadir ke sesi ini. Di dalam majlis ini juga, Akauntan Negeri Sarawak telah memberikan sumbangan derma RM700, hasil kutipan daripada staf beragama Islam di Ibu Pejabat kepada anak-anak yatim Madrasah Darul Fatah, Surau Darul Mutaqim, Taman Lavender Semariang. Majlis ini telah diadakan di Surau Tingkat 1, Menara Pelita pada 11.7.2015 yang lalu dengan kehadiran beberapa orang anak-anak yatim daripada Madrasah Darul Fatah. Sumbangan derma ini diharapkan dapat meringankan bebanan dan memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut Aidil Fitri.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman