Koperasi Harapan Berhad (KOHAB) jabatan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB Ke-10 di Dewan Persidangan Utama, Tingkat 21, Menara Pelita. Seramai lebih 100 orang ahli telah menghadiri mesyuarat agung kali ini. Akauntan Negeri dalam memberikan kata aluan sebagai penaung KOHAB, berharap ahli Lembaga dan anggota koperasi dapat memikirkan secara serius aktiviti/perkhidmatan yang mampu memberikan kesan berganda kepada anggotanya.
Beliau juga menyeru kepada anggota koperasi terutamanya berpengalaman baik dalam bidang perkoperasian atau pengurusan atau perakaunan supaya tampil ke depan bagi sama-sama berusaha meningkatkan prestasi dan keupayaan KOHAB. |
Beliau juga menegaskan Mesyaurat Agung Tahunan Ke-10 dimanfaat sepenuhnya oleh semua pihak khususnya ahli Lembaga dan anggota koperasi bagi menjamin kesinambungan pencapaian koperasi ke arah matlamat penubuhanya. |
Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB kali ini mengadakan pemilihan Ahli Lembaga KOHAB Sesi 2011/2013 yang dikosongkan bagi pemilihan 5 ahli baru. Sebelum berlangsungnya majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB Ke-10 oleh Akauntan Negeri Sarawak, satu sesi mengundi calon-calon pemilihan ahli baru telah diadakan diruang legar Dewan Persidangan Utama. |
|
Pengumuman pemenang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Ahli Lembaga KOHAB 2011/2013 iaitu Tuan Haji Uthman Bin Ibrahim. 5 calon yang berjaya adalah seperti berikut:
En. Mohd. Tamin Bin Hj Mohd. Rundu – Jabatan Perbendaharaan
Pn. Ammy Suria Mohd - Jabatan Perbendaharaan
Pn. Naliyah Bt Saimin – Jabatan Ketua Menteri
Pn. Jamilah Muni - Jabatan Perbendaharaan
En. Sahari Lamat – Jabatan Kebajikan Masyarakat
Suasana majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada ahli KOHAB yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB dengan penyampaian hadiah oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KOHAB.