News

 

Aspirasi Utara Mendapat Emas Pada Konvensyen KIK MPC

Posted on 17 Sep 2015

Aspirasi utara mendapat emas pada konvsyen wilayah sabah sarawak 2015 anjuran mpc

Kumpulan KIK daripada  Perbendaharaan Bahagian Miri, Aspirasi Utara telah mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan Konvensyen Regional Convention Team Excellent Wilayah Sabah Sarawak tahun 2015. Konvensyen anjuran pihak MPC ini telah diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 25-26 Ogos 2015.

Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah MPC, Y Bhg. Tn. Hj. Ab Rahim Yusoff.

Pada sesi penutupan ini, sebanyak 53 kumpulan dari sektor swasta dan awam bersemangat menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Merdeka sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba pada 31 Ogos 2015 nanti.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman