News

 

PB Limbang Raih Naib Johan Dalam Perarakan Kemerdekaan

Posted on 21 Sep 2015

pb limbang meraih naib johan dalam perarakan kemerdekaan

 

Pada 31 Ogos 2015, Bahagian Limbang telah terpilih sebagai tuan rumah untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang. Sempena sambutan Hari Kebangsaan itu, suatu pertandingan perbarisan telah diadakan dan 4 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Unit Beruniform, Kategori Jabatan Kerajaan, Kategori NGO/Persatuan/Komponen Parti dan Kategori Kelab Sekolah. Jabatan Perbendaharaan Negeri Bahagian Limbang dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang dan Pejabat Pos Limbang telah menubuhkan kontigen untuk menyertai perbarisan pada hari tersebut. Kontigen yang dianggotai seramai  45 orang peserta dan memilih baju korporat berwarna putih sebagai warna tema untuk kontigen. Kontigen gabungan ini telah berjaya meraih Naib Johan dalam Kategori Jabatan Kerajaan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman