News

 

Lawatan Tapak Penilaian Anugerah HPT

Posted on 30 Sep 2015

lawatan tapak penal penilai HPT

Pada 18 September 2015, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima kunjungan ahli panel penilai untuk Anugerah High Performance Team (HPT) yang diketuai oleh Datu Lai Kui Fong, Pengarah Jabatan Pertanian. Kunjungan lawatan tapak ini adalah bersama-sama 4 ahli panel penilai yang terdiri daripada beberapa agensi. Acara bermula dengan sesi taklimat ringkas oleh Akauntan Negeri Sarawak berhubung dengan projek yang dilaksanakan oleh pihak Perbendaharaan. Diikuti dengan taklimat dan penerangan proses projek yang dilaksanakan oleh Cik Rabiah dan Puan Bibi Faezah. Sesi ini juga dihadiri oleh beberapa jabatan dan agensi yang lain seperti Jabatan Tanah dan Survei, SAINS, JKM. Aturcara majlis berakhir pada jam 5.15 petang. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mengucapkan terima kasih atas kunjungan ahli panel penilai HPT ke jabatan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 16 Oct 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman