News

 

Ibadah Qurban 2015

Posted on 03 Oct 2015

majlis ibadah qurban 2015

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada 24 September 2015, KIPAS telah menganjurkan program ibadah qurban dengan kerjasama staf beragama Islam Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Ianya dirasmikan oleh Akauntan Negeri Sarawak. Penyembelihan seekor lembu telah diadakan di Samariang dan kerja-kerja melapah dijalankan di perkarangan parkir di Bangunan Menara Pelita. Akauntan Negeri Sarawak telah mengagihkan daging qurban kepada semua staf dan pegawai yang berada di Menara Pelita. Acara meriah apabila staf membuat sendiri masakan daging qurban dan semua pegawai sama-sama menjamu selera menikmati makanan yang disediakan.Acara bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

 

Lebih banyak gambar di ruangan Galeri Foto.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman