News

 

Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB Ke-10

Posted on 29 Apr 2011

 Koperasi Harapan Berhad (KOHAB) jabatan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB Ke-10 di Dewan Persidangan Utama, Tingkat 21, Menara Pelita. pada 27.04.2011. Seramai lebih 100 orang ahli telah menghadiri majlis ini. Akauntan Negeri sebagai penaung KOHAB dalam kata aluannya, berharap ahli Lembaga dan anggota koperasi dapat memikirkan secara serius aktiviti/perkhidmatan yang mampu memberikan kesan berganda kepada anggotanya.

Akauntan Negeri menyeru kepada anggota koperasi terutamanya berpengalaman baik dalam bidang perkoperasian atau pengurusan atau perakaunan supaya tampil ke depan bagi sama-sama berusaha meningkatkan prestasi dan keupayaan KOHAB.

akauntan negeri menerima cenderahati daripada pengerusi kohab

akauntan negeri memberi ucapan perasmian
Beliau juga menegaskan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 agar dimanfaat sepenuhnya oleh semua pihak khususnya ahli Lembaga dan anggota koperasi bagi menjamin kesinambungan pencapaian koperasi ke arah matlamat penubuhannya.


Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB kali ini mengadakan pemilihan Ahli Lembaga KOHAB Sesi 2011/2013 yang dikosongkan bagi pemilihan 5 ahli baru. Sebelum berlangsungnya majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB Ke-10 oleh Akauntan Negeri Sarawak, satu sesi mengundi calon-calon pemilihan ahli baru telah diadakan diruang legar Dewan Persidangan Utama.

\Picture \pemangku akauntan negeri membuat undi

Pengumuman pemenang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Ahli Lembaga KOHAB 2011/2013 iaitu Tuan Haji Uthman Bin Ibrahim. 5 calon yang berjaya adalah seperti berikut:

En. Mohd. Tamin Bin Hj Mohd. Rundu – Jabatan Perbendaharaan

Pn. Ammy Suria Mohd - Jabatan Perbendaharaan

Pn. Naliyah Bt Saimin – Jabatan Ketua Menteri

Pn. Jamilah Muni - Jabatan Perbendaharan

En. Sahari Lamat – Jabatan Kebajikan Masyarakat

\lembaga kobab sesi 2011/2013

Suasana majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada ahli KOHAB yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KOHAB dengan penyampaian hadiah oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KOHAB.

puan jamayah antara yang bertuah menerima cabutan bertuah suasana majlis \
\pendaftaran ahli \timbalan pengerusi kohab menyampai hadiah cabutan bertuah kepada encik mahaldin

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman