News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Oktober)

Posted on 07 Oct 2015

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mengadakan perhimpunan bagi bulan Oktober 2015 pada 7.10.2015 yang lalu. Refleksi 1Perbendaharaan yang diadakan secara sederhana ini telah dihadiri oleh semua staf jabatan termasuk wakil bahagian Kuching dan Samarahan. Akauntan Negeri mengucapkan takziah kepada Puan Mesiah Haji Wasil daripada Perbendaharaan Bahagian Sibu yang telah kehilangan ibu beliau pada 19.8.2015 yang lalu.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Aspirasi Utara daripada Perbendaharaan Miri yang berjaya mendapat Emas pada Pertandingan KIK Peringkat Wilayah Sabah Dan Sarawak di Sabah. Ucapan tahniah juga kepada Kumpulan DO-IT yang berjaya mendapat Naib Johan pada Konvensyen KIK Zon Selatan Negeri Sarawak.

Akauntan Negeri juga telah memaklumkan bahawa pihak jabatan telah pun melepasi pertandingan HPT dan AKMS serta mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang telah sama-sama menjayakan penilaian panel Anugerah HPT dan AKMS ini.

Tahniah juga kepada Jawatankuasa Induk 5S atas kejayaan mengadakan gotong royong perdana di Ibu Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak. Disamping itu, Akauntan Negeri Sarawak memberikan peringatan berhubungan pentutupan akaun tahunan dalam masa 3 bulan lagi dan mahu semua staf bersiap sedia dalam perkara ini.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman