News

 

Anugerah Laman Web 5 Bintang dan Pentadbir Laman Web Cemerlang (2012-2014)

Posted on 27 Nov 2015

majlis penganugerahan 5 bintang laman web

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawakantara penerima anugerah Laman Web 5 Bintang  dan antara 5 Pentadbir Laman Web Cemerlang bagi tempoh 2012-2014. Majlis Anugerah 5 Bintang Portal/Laman Web Agensi Kerajaan Negeri yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri telah diadakan pada 20 November 2015 di Imperial Hotel, Kuching. Akauntan Negeri Sarawak dan Pentadbir Laman Web Jabatan Perbendaharaan Negeri telah hadir ke sesi anugerah ini. Syabas kepada semua Agensi dan Pentadbir Laman Web yang telah menerima penghargaan pada majlis ini dalam mengharumkan nama Kerajaan Negeri Sarawak. Laman Web Perbendaharaan Negeri Sarawak telah mendapat keputusan pengiktirafan 5 Bintang melalui penilaian MGPWA (Malaysia Government Portals and Websites Assessment) yang kini dikenali sebagai ProBE (Provider- Based Evaluation) yang telah diumumkan pada Julai 2015.

Sebanyak 36 agensi telah mendapat anugerah portal/laman web 5 bintang.  5 pentadbir laman web telah mendapat anugerah pentadbir laman web cemerlang. Sila merujuk kepada rangkaian di bawah untuk maklumat lanjut:

1.  Senarai agensi yang mendapat Anugerah Portal/Laman Web 5 Bintang
2.  Senarai pentadbir laman web cemerlang



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 16 Oct 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman