News

 

Karnival Sukan dan GegarTreasury 2015

Posted on 07 Dec 2015

karnival sukan dan gegartreasury 2015

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Rekreasi Jabatan (KESTURI) dan Koperasi Harapan Berhad (KOHAB) telah menganjurkan Karnival Sukan dan GegarTreasury 2015 yang telah diadakan di Akademi Percukaian Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 28-29 Disember 2015 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Akauntan Negeri Sarawak selaku penaung Kelab KESTURI. Upacara dimulakan dengan Tarian Zumba yang diketuai oleh Puan Mairah Akam dari Seksyen Perakaunan. Acara diteruskan dengan ucaptama daripada Pengerusi KESTURI, Encik Kushairi Johan dan seterusnya upacara perasmian oleh Akauntan Negeri Sarawak, Datu Jumastapha Bin Lamat.


Karnival Sukan telah dimulakan dengan perlawanan badminton yang diwakili oleh 4 buah rumah iaitu Merah, Jingga, Hijau dan Biru. Ketua Pasukan untuk rumah merah adalah Encik Christopher Danan Binjie, Encik Raca Mulong untuk rumah Jingga, Encik Rabuan Mantine untuk rumah Hijau dan Encik Kushairi Johan untuk rumah Biru. Pada sebelah petang 28.12.15, upacara perlawanan ping pong telah diadakan.

Perlawanan diteruskan pada hari ke-2 iaitu pada 29.12.2015 dengan perlawanan Dart dan Karom. Pada sebelah petangnya pula, GegarTreasury 2015 diadakan untuk pertandingan karoake. Kategori pertandingan adalah kategori Pegawai, Terbuka Wanita, Terbuka Lelaki dan Duet.

Juara keseluruhan untuk Karnival Sukan dan GegarTreasury adalah Rumah Merah. Naib Johan dimenangi oleh Rumah Jingga. Tempat ketiga pula dimenangi oleh rumah Biru dan seterunya Rumah Hijau.

Sila klik untuk lebih gambar Karnival sukan dan GegarTreasruy.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman