News

 

Majlis Penghargaan

Posted on 14 Dec 2015

majlis penghargaan

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Majlis Penghargaan sempena kemenangan sebagai Johan Anugerah High Performance Teams (HPT), Naib Johan Anugerah Ketua Menteri Sarawak (AKMS) dan Anugerah 5 Bintang Laman Web Jabatan yang telah diterima pada November 2015. Turut diundang adalah pegawai Agensi lain yang telah sama-sama menyumbang ke arah kejayaan ini iaitu wakil daripada pihak Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Jabatan Tanah Dan Survei, Jabatan Audit Dalam, Dewan Undangan Negeri dan Sarawak Information Centre (SAINS). Majlis telah diadakan di Hotel Imperial pada 2.12.2015 yang lepas. Acara penyampaian cenderahati oleh Akauntan Negeri Sarawak yang juga telah merasmikan majlis ini. Turut diadakan adalah karaoke daripada pegawai yang telah menjadi juara dalam pertandingan GegarTreasury pada 29.11.2015.

Sila klik untuk lebih gambar Majlis Penghargaan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman