Berita

 

Lawatan Pengauditan Bagi Pembaharuan Pensijilan QE/5S

Disiarkan pada 30 Dec 2015

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menerima kunjungan pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC)  untuk tujuan pengauditan Pembaharuan Pensijilan QE/5S jabatan. Lawatan pengauditan ini telah diadakan pada 4.12.2016 yang lalu. Pengauditan dijalankan ke atas 6 Seksyen di Ibu Pejabat yang telah dibahagikan kepada beberapa zon iaitu Tanjung, Carnation, Mawar, Tulip, Matahari, Dahlia, Anggerik. Turut hadir adalah wakil daripada MPC Sarawak yang telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk QE/5S iaitu Puan Sharifah Rodziah Syed Aman Ghazali beserta ahli jawatankuasa Induk. Pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mengucapkan penghargaan kepada pihak MPC di atas kunjungan lawatan pengauditan ini.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman