News

 

Sejiwa Senada 2016 di Sri Aman Sarawak

Posted on 21 Apr 2016

sejiwa senada 2016 di sri aman sarawak

 

Program Sejiwa Senada 2016 di Sri Aman, Sarawak telah diadakan pada 8-10 April 2016 bertempat di Padang Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Lama, Sri Aman Sarawak telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah bersama dengan 6 agensi Kewangan telah berkongsi dalam satu 'booth' pameran yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Program Sejiwa Senada ini adalah salah satu program murni Kerajaan Negeri Sarawak dalam mendekati dan memahami kehendak rakyat melalui aktiviti turun padang dengan membawa perkhidmatan utama kepada rakyat.

Jabatan Perbendaharaan ini telah membuka kaunter kutipan pada program ini. Orang awam boleh membuat semakan baucar bayaran dan cek terbatal. Malah pencarum 'Government Employee Provident Fund' (GEPF), 'Local Authority Provident Fund' (LAEPF) dan 'Teacher Provident Fund'(TPF) boleh membuat semakan caruman mereka dan membuat tuntutan caruman bagi pegawai kerajaan yang telah bersara. Pegawai kerajaan juga boleh membuat semakan gaji mereka di kaunter Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. 

Jumlah pengunjung ke tapak pameran Perbendaharaan adalah seramai 3,817 orang. Sekalung penghargaan kepada pegawai di Perbendaharaan Negeri Bahagian Sri Aman di atas kerjasama menjayakan program ini. Penghargaan juga kepada Perbendaharaan Bahagian Betong dan Ibu Pejabat di atas perkhidmatan pengangkutan sepanjang program ini. Termasuk juga kepada 6 agensi yang telah bergabung iaitu Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Kementerian Perbendaharaan Malaysia Cawangan Sarawak, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sarawak, KASTAM, LHDN, Unit Pendaftaran Kontraktor Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan Unit GOHLAS Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman