News

 

PB Sibu Meraih Tempat Ke-3 Pada Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah

Posted on 20 May 2011

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH kepada Kumpulan Harmoni daripada Perbendaharaan Bahagian (PB) Sibu atas kejayaan mendapat tempat ke-3 pada Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah, Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang berlangsung pada 12-13 Mei 2011 di sebuah hotel di Sibu.

gambar kenangan penerimaan hadiah tempat ke-3 kumpulan harmoni

Sebanyak 23 kumpulan telah menyertai Konvensyen tersebut dengan 17 kumpulan dalam kategori Pengurusan dan 6 Kumpulan dalam kategori Teknikal. Kumpulan Harmoni telah menyertai Kategori Pengurusan dengan tajuk projek "Mengurangkan masa dan proses pengeluaran Lesen Perdagangan" dan membawa pulang hadiah berupa trofi, wang tunai berjumlah RM600 serta sijil penyertaan.

Kumpulan Harmoni yang ditubuhkan pada April 2010 dianggotai oleh 10 arang ahli iaitu En. Goh Jeu Sin selaku Ketua Kumpulan, Pn Hajjah Rahmah Mohd Baderi, Puan Lau Chin Kei, Puan Nurkasmawati Binti Abu Hassan, En.Dennis Collin Blassan, En. Yassin Bin Mohammad, Encik Rapaie Bin Mohd Ree, Puan Zarith Sofia Binti Yahia, Cik Mariam Binti Misraeh dan Cik Sitti Hajjar Binti Anua'ar. Penghargaan juga kepada Akauntan Perbendaharaan Sibu iaitu En. Nazaruddin Bin Taha yang bertindak sebagai Fasilitator Kumpulan.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman