News

 

Jom Gawai Raya Bersama

Posted on 03 Aug 2016

majlis jom gawai raya bersama

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bersama dengan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan perayaan Gawai dan Hari Raya Aidil Fitri pada 29 Julai 2016 di Hotel Grand Margherita Kuching. Turut sama menjayakan majlis ini adalah Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan  dan Koperasi Harapan Berhad, JabatanPerbendaharaan Negeri Sarawak.

Majlis telah dirasmikan oleh Datu Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak. Turut hadir menyerikan majlis adalah isteri Akauntan Negeri Sarawak iaitu Dato Dayang Fatimah. Semua pegawai daripada ibu pejabat beserta keluarga masing-masing adalah dijemput hadir. Turut sama adalah pegawai dari Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

Aturcara dimulakan dengan persembahan tarian oleh pegawai Jabatan Perbendaharaan Negeri dengan tarian Dayak dan Melayu. Dato Dayang Fatimah telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak pegawai yang hadir pada malam itu. Acara dimeriahkan dengan nyayian pegawai dan pertandingan masakan Pansuh serta rendang daripada Seksyen di Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian.

Penyampaian hadiah kepada pemenang untuk pertandingan masakan dan juga pertandingan Deco Raya dan Gawai di Ibu Pejabat telah diadakan pada malam tersebut. Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada keluarga yang berpakaian tradisional Dayak dan Raya termasuk hadiah individu.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman