News

 

Majlis Penghargaan

Posted on 05 Sep 2016

majlis penghargaan kik dan 5s

Satu majlis penghargaan kepada Kumpulan Impulse daripada Perbendaharaan Bahagian Betong dan Kumpulan CUN daripada Seksyen Inspektorat, Ibu Pejabat Perbendaharaan Negeri Sarawak telah diadakan di Tingkat 11, Menara Pelita pada 26 Ogos 2016.

Kumpulan Impulse telah mewakili jabatan ke pertandingan Team Excellence Peringkat Wilayah Sarawak Sabah anjuran MPC bagi kualiti 5S/QE. Kumpulan telah berjaya mendapat emas pada pertandingan ini. Kali ini pihak MPC telah menganjurkan pertandingan di Hotel Riverside Magestic, Kuching. Turut hadir adalah Akauntan Negeri Sarawak pada majlis penyampaian hadiah pada hari berkenaan. Kumpulan telah membawa pulang sijil dan tropi

Penghargaan juga telah diberikan kepada Kumpulan CUN yang berjaya mendapat 2 bintang dalam Pertandingan KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Peringkat Zon 2016 anjuran Jabatan Ketua Menteri untuk kategori Jabatan. kumpulan antara 7 kumpulan yang berjaya mendapat bintang daripada 19 jabatan yang dipertandingkan pada kategori jabatan. Kumpulan CUN juga telah menjuarai 'banner' paling kreatif bagi kategori jabatan. Pertandingan telah berlangsung di Hotel Park City, Bintulu. Kumpulan telah mendapat sijil, wang dan 'hamper'.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman