Satu majlis penyampaian sijil Rakan Perbendaharaan bagi Jabatan Agama Islam Cawangan Sri Aman, Sarawak telah diadakan di Pejabat Perbendaharaan Bahagian Sri Aman pada 15.11.2016. Majlis penyerahan sijil Rakan Perbendaharaan ini telah disampaikan oleh Cik Evangelyn, Akauntan Perbendaharaan Bahagian Sri Aman kepada Encik Norazman Bin Abdullah, Ketua Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman. Turut sama adalah pegawai di Jabatan Perbendaharaan Sri Aman. Syabas kepada Jabatan Agama Islam atas kejayaan Program Rakan Perbendaharaan.