News

 

Hari Integriti Jabatan 2016

Posted on 21 Dec 2016

hari integriti jabatan

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Hari Integri pada 13 Disember 2016 lepas di Dewan Persidangan Utama, Tingkat 21 Menara Pelita. Majlis telah disempurnakan oleh Datu Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak. Pada majlis ini telah dilancarkan Buku Pelan Integriti Organisasi Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang dikenali sebagai STING Plan (Edisi 2). Selepas ucaptama daripada Akauntan Negeri Sarawak, upacara ikrar integriti dilaksanakan bersama semua staf yang diketuai oleh Akauntan Negeri Sarawak sendiri.

Sempena Hari Integriti ini juga telah diadakan Kempen menderma darah oleh pasukan Perubatan Normah yang diketuai oleh Encik Columbus. Seramai 30 penderma darah yang terdiri daripada staf Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dan juga pegawai jabtan lain yang berada di Menara Pelita. Antara lain aktiviti dijalankan adalah ceramah Integriti dan Rasuah yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ceramah "Managing Dificult People" pada sebelah petang.

Sila klik untuk lebih gambar aktiviti

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman