News

 

Lab Penstrukturan Jabatan

Posted on 24 Feb 2017

lab penstrukturan jabatan

Pada 22-23 Februari yang lalu, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan satu lab penstrukturan jabatan yang telah dihadiri oleh Akauntan dan Penolong Akauntan Negeri di ibu pejabat. Lab telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Elean Masaat, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. Sesi ini juga telah dihadiri oleh pihak Jabatan Ketua Menteri yang membantu dalam memberikan nasihat bagi proses persediaan pembentangan kertas kerja kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Wakil daripada pihak Jabatan Ketua Menteri telah diketuai oleh Puan Sharifah Rohana Binti Datu Wan Alwi, Ketua Bahagian Seksyen Perancangan & Pengurusan Kapasiti. Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mengucapkan penghargaan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan lab kali ini. Hadir sama adalah 2 orang kadet Pegawai Tadbr Diplomatik yang telah ditempatkan sementara di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman