News

 

Agenda Perbendaharaan 2017

Posted on 12 May 2017

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Agenda Perbendaharaan 2017 pada 6-7/5/2017 yang lepas di Damai Beach Resort, Kuching. Ianya telah dihadiri oleh semua staf di ibu pejabat, Akauntan Perbendaharaan Bahagian dan wakil daripada Perbendaharaan Bahagian. Majlis telah disempurnakan oleh Datu Jumastapha Bin Lamat,  Akauntan Negeri Sarawak. Acara dimulakan dengan ucaptama oleh Akauntan Negeri Sarawak dan perasmian majlis pelancaran Pemusatan pembayaran C2C dan tuntutan pegawai di Ibu Pejabat oleh Unit Perancangan. Akauntan Negeri Sarawak juga telah memberikan sijil bagi pegawai yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015.

Setelah majlis berhenti rehat, acara diteruskan dengan pembentangan pencapaian Pelan Strategik Jabatan 2016 oleh Ketua Seksyen dan Ketua Unit. Semua staf telah dibentangkan dengan status pencapaian Pelan Strategik Jabatan tahun 2016 dan juga Pelan Strategik 2017. Pada sebelah petang dianjurkan forum bersama Pegawai Tadbir Kanan (Pentadbiran dan Sumber Manusia) yang mengetengahkan isu-isu pentadbiran dan analisa survei staf.

Pada sebelah malamnya, majlis bersama keluarga diadakan dengan jamuan makan malam dan persembahan oleh setiap seksyen dan unit di Ibu Pejabat. Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Samarahan turut menyumbangkan persembahan pada malam berkenaan. Bagi memeriahkan suasana makan malam keluarga, acara permainan kanak-kanak dan cabutan bertuah diadakan.

Pada Agenda Perbendaharaan 2017 kali ini juga, pegawai-pegawai telah dianugerahkan penghargaan bagi yang berbakat khas dan juga untuk kumpulan KIK dan Kumpulan QE/5S yang telah berjaya mendapatkan anugerah sempena pertandingan di peringkat Zon, Wilayah dan Kebangsaan.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman