News

 

Ramah Tamah Aidilfitri & Gawai 2017

Posted on 30 Jul 2017

ramah tamah aidil fitri dan gawai 2017

Persatuan Kebajikan Islam Perbendaharaan Negeri Sarawak (KIPAS) telah menganjurkan  Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Gawai JPNS 2017 pada 21.7.2017 yang lalu. Majlis telah diadakan di Ruang Legar, Tingkat Bawah Bangunan Menara Pelita. Semua pegawai di Ibu Pejabat, Perbendaharaan Bahagian Kuching, Perbendaharaan Bahagian Samarahan dan Perbendaharaan telah memeriahkan majlis ini. Majlis diserikan dengan pegawai-pegawai daripada pihak jabatan lain di bangunan Menara Pelita seperti Jabatan Tanah Dan Survei, SGOS, Jabatan Audit Negara, NREB dan Jabatan Pertanian. Ramah tamah ini telah dirasmikan oleh Datu Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak. Acara dimeriahkan dengan pertandingan masakan daripada pulut oleh 6 seksyen di ibu pejabat dan Perbendaharaan Bahagian Kuching dan Samarahan. Acara diserikan dengan majlis cabutan bertuah, karoeke, persembahan tarian dan upacara Gulung Tikar sempena simbolik penutupan Gawai Dayak.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman