News

 

Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sempena Sambutan Hari Jadi TYT ke-81

Posted on 11 Sep 2017

istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan hari jadi tyt ke-81

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak adalah antara seramai 81 kontinjen daripada pelbagai egensi dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Jadi ke-81 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dataran Kompleks Sukan Sarawak pada 9.9.2017 yang lepas. Seramai 37 ahli kontinjen Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak yang telah diketuai oleh Encik Raca Mulong dan Encik Jailani selaku ketua Komandan.

Ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib disambut okeh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Juma'ani Tuanku Bujang. Perbarisan istiadat dan rapat raksasa diadakan dengan lintas hormat selepas ucapan sembah Ketua Menteri Sarawak. 

Sempena ulang tahun ke-81 itu, sebanyak 947 pingat telah dianugerahkan kepada penerima termasuk dua pingat Satria Bintang Sarawak (SBS) kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Mauhammad Salahuddin dan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang membawa gelaran Pehin Sri.

Walaupun cuaca hujan, namun perayaan itu tetap berjalan lancar serta mendapat sambutan daripada orang awam yang telah datang sewal jam 8 pagi. Sehari sebelum upacara perbarisan ini telah diadakan sesi raptai kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman