Berita

 

Ancaman Serangan Siber Ke Atas Server-Server Kerajaan

Disiarkan pada 15 Jun 2011

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Dimaklumkan bahawa GCERT MAMPU telah mendapat maklumat berkenaan perancangan satu kumpulan hacker untuk melancarkan serangan siber ke atas server-server Kerajaan (domain.gov.my) pada 15 – 17 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, setiap yang terlibat adalah di pohon untuk memastikan tindakan pengukuhan di ambil ke atas server-server di agensi masing-masing dengan SEGERA:

  1. Mengaktifkan intrusion prevention system (IPS) dan membuat pemantauan rapi terhadap aktiviti/trafik rangkaian:
  2. Membuat semakan konfigurasi firewall bagi memastikan ianya hanya membenarkan perkhidmatan (port) yang dibenarkan sahaja;
  3. Memasang security patch pada semua server & peralatan rangkaian; dan
  4. Memastikan perisian antivirus dikemaskini dan diaktifkan.

Sila hubungi GCERT MAMPU di talian 03-88725138 / 03-88726299 / 012-3312205 jika terdapat sebarang aktiviti rangkaian yang tidak normal / mencurigakan untuk tindakan selanjutnya.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk berita berikut:

The Star Online:
Foreign-based Hacker Group Plans To Strike Websites

The Epoch Times:
Interview with Anonymous Hackers, Malaysia Next Target



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman