Perhimpunan bulanan untuk Bulan Oktober telah diadakan pada 16.10.2018 yang lepas. Acara telah diadakan di Tingkat 11, Menara Pelita. Selain daripada staf Jabatan Perbendaharaan di Ibu Pejabat, Akauntan daripada semua Bahagian telah turut serta pada Refleksi 1Perbendaharaan kali ini. Akauntan Negeri Sarawak telah menyampaikan amanat beliau kepada kira-kira 100 staf yang hadir. Antara amanat beliau adalah menyentuh isu integriti, penerapan nilai bersama, 'standard operating procedures', isu-isu perbangkan, 'Sarawak Pay dan proses kerja.