News

 

Gotong Royong Perdana

Posted on 30 Oct 2018
Source of News: Semua Ketua Seksyen dan Akauntan Perbendaharaan Bahagian

aktiviti gotong royong perdana

Jabatan Perbendaharaan Negeri bersama dengan Jawatankuasa QE Jabatan telah menganjurkan Gotong Royong Perdana pada 27.10.2018  yang lalu. Aktiviti gotong royong perdana ini dijalankan serentak di Ibu Pejabat dan 12 Perbendaharaan Bahagian yang lain. Acara dimulakan awal pagi dengan senaman Poco-poco dan tarian Zumba sebagai sesi memanaskan badan sebelum aktiviti gotong royong bermula. Aktiviti ini adalah usaha jabatan untuk menyemai Nilai Bersama dikalangan staf dalam kerja berpasukan. Datu Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri Sarawak, tidak ketinggalan turut hadir ke sesi ini dan meninjau aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini juga telah dihadiri oleh ahli keluarga yang ingin sama-sama membantu. Syabas kepada semua staf di Ibu Pejabat dan seluruh Perbendaharaan Bahagian yang telah menjayakan program ini.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman