News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Jun 2011)

Posted on 21 Jun 2011

Refleksi 1Perbendaharaan bagi Bulan Jun telah diadakan pada 8.6.2011 yang dihadiri oleh semua kakitangan Perbendaharaan di ibu pejabat dan wakil daripada Bahagian Kuching dan Samarahan. Dalam ucaptama Akauntan Negeri Sarawak kali ini, beliau merakamkan penghargaan kepada Kumpulan KIK di ibu pejabat dan Perbendaraharaan Bahagian Sibu atas kejayaan meraih tempat ke-2 dan tempat ke-3 dalam Konvensyen Peringkat Zon Selatan dan Zon Tengah masing-masing. Tidak ketingalan beliau mengucapkan syabas kepada Perbendaharaan Bahagian Miri atas terpilih menyertai Konvensyen Peringkat Zon Utara.

suasana refleksi 1Perbendaharanan Jun 2011

Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Perbendaharaan Negeri kini menyertai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2010 dan telah membuat persembahan kepada Panel Penilai di Pejabat MAMPU pada 23.05.2011 yang lepas untuk disenarai pendek. Ini bermakna Jabatan Perbendaharaan akan berdepan dengan saingan yang lebih sengit daripada agensi Kerajaan lain pada saringan kedua iaitu lawatan Panel Penilai ke Pejabat Perbendaharaan Negeri dalam masa terdekat.

Bagi sesi penangguhan Refleksi 1Perbendaharaan, beliau mengingatkan bahawa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berlangsung pada 20-29 Jun 2011 dan memaklumkan bahawa beberapa pegawai akan berpindah ke Jabatan lain. Beliau melahirkan harapan agar pegawai yang akan berpindah dapat mengukuh dan memantapkan lagi tugas-tugas membabitkan pentadbiran Perakaunan dan Kewangan di Pejabat baru mereka. Dan seterusnya menjadi talian perhubungan Jabatan dengan Pejabat baru mereka nanti.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman