Berita

 

Bengkel Hala Tuju Jabatan

Disiarkan pada 17 Feb 2019
Sumber Berita: Unit Sumber Manusia

 

hala tuju jabatan cum majlis penghargaan

Jabatan Perbendaharaan Negeri telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju Jabatan pada 14.2.2019 yang telah dirasmikan oleh Puan Hajah Elean Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak. Semua pihak pengurusan di Ibu Pejabat dan Perbendaharaan Bahagian hadir ke sesi ini. Pihak Pengurusan juga telah mengadakan sesi majlis penghargaan kepada Datu Jumastapha Bin Lamat, mantan Akauntan Negeri Sarawak yang telah bersara. Majlis makan tengahari sebagai tanda penghargaan juga telah dihadiri oleh staf di Ibu Pejabat dan wakil Perbendaharaan Bahagian. Bengkel ini juga turut memberikan penghargaan kepada staf yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga Mac 2019 dan meraikan pegawai baru yang berpindah ke Perbendaharaan Negeri Sarawak



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman