News

 

Bengkel Pelan Strategik 2019

Posted on 03 Dec 2019

bengkel pelan strategik 2019

Bengkel Pelan Strategik 2019 anjuran Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah diadakan pada 30.11.2019 yang lalu bertempat di Hotel Imperial, Kuching. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Elean Binti Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan taklimat dan penerangan berhubung Pencapaian Pelan Strategik 2019. Disamping itu memberikan pendedahan kepada semua staf perancangan Pelan Strategik 2020. Taklimat ini telah disampaikan oleh staf di Seksyen masing-masing dihadapan Pihak  Pengurusan.

Selain daripada pembentangan Pelan Strategik ini, aktiviti lain yang diadakan adalah persembahan slid aktiviti jabatan sepanjang tahun 2019, pembentangan pencapaian BSC 2019 oleh En. Christopher Danan Banjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, pemberian penghargaan pegawai yang berpindah bertugas, pencapaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, surat penghargaan pencapaian prestasi 2018, anugerah Pegawai Contoh, Anugerah Perbendaharaan Bahagian Terbaik.

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman