News

 

Emas Pada Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri, Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2019

Posted on 04 Dec 2019

hari perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah merasmikan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 4.12.2019. Majlis ini dihadiri kira-kira 5,000 penjawat awam Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agensi. Sempena Hari Perkhidmatan  Awam Negeri Sarawak ini, telah diumumkan pemenang bagi Anugerah Ketua Menteri Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) Tahun 2019. Jabatan Perbendaharaan Negeri telah diumumkan antara10 agensi finalis Kategori Agensi Utama dan telah dinobatkan EMAS untuk kategori Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Jabatan Perbendaharaan Negeri menerima Piala dan Wang Tunai.

Pada majlis ini juga telah diumumkan Kumpulan Harmony dan Kumpulan Clicker daripada Jabatan Perbendaharan Negeri Sarawak telah memenangi EMAS pada Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) di Kuala Lumpur.  Serta Kumpulan DO IT 3 mendapat EMAS pada International Convention Quality Control Circle (ICQCC) 2019 di Jepun. Seorang Pegawai di Jabatan Perbendaharaan Negeri iaitu Encik Jos Ak Jawa telah dianugerahkan Pegawai Contoh Kumpulan Pelaksana 1 Kategori Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 2019. Syabas kepada semua warga kerja Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak atas kejayaan ini.

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman