News

 

Pra Audit Keselamatan Perlindungan

Posted on 15 Sep 2022
Source of News: Unit Pentadbiran, JPNS

Jabatan telah menerima kunjungan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pada 13 September 2022 dalam rangka pra audit untuk keselamatan perlindungan yang dipengerusikan oleh Encik Christoper Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak.  Encik Willie Bin Stanislaus Saili, Penolong Pegawai Keselamatan, CGSO selaku pegawai yang membuat pra audit telah memberikan penerangan dan semakan dokumen bersama dengan pegawai keselamatan jabatan yang telah dilantik. Antara  bidang yang diaudit adalah Dasar Keselamatan Perlindungan yang merangkumi aspek komitmen dan governans jabatan dan arahan keselamatan Jabatan. Pengauditan keselamatan fizikal yang merangkumi kawasan terperingkat, langkah-langkah keselamatan fizikal, keselamatan bangunan, perkhidmatan pengawalan keselamatan, pas keselamatan, kad pengenalan jabatan dan kawalan kunci keselamatan. Pengauditan lain adalah keselamatan rahsia rasmi, keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran teknologi maklumat (ICT) dan keselamatan peribadi. Pra pengauditan ini tamat pada sebelah petang hari yang sama. Jabatan mengucapkan terima kasih kepada Encik Willie yang telah memberikan penerangan dan berkongsi maklumat dalam sesi ini.

pra audit keselamatan perlindungan



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman