News

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2022

Posted on 10 Oct 2022
Source of News: UKAS & Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

MIRI: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak dengan tema “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” yang telah diadakan bermula pada 9 Oktober di Masjid Al-Taqwa Miri. Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pelbagai acara dan aktiviti telah dirancang di sepanjang bulan Oktober dan November ini. 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak bermula pada 9 Oktober dengan diadakan majlis kesyukuran di Masjid At-Taqwa Miri. “Majlis akan bermula pada sebelah petang (9 Oktober) dengan ketibaan tetamu kehormat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib. 

“Sebelum itu, kita akan menyambut kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang,” katanya dalam sidang media Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1444H/2022M di Pejabat Residen Bahagian Miri pada Jumaat. 

Tambah beliau lagi, pada 10 Oktober diadakan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul yang akan disertai 127 kontinjen terdiri daripada kira-kira 7,600 orang peserta. 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak turut menghantarkan kontingen sempena Hari Maulidur Rasul ini. Antaranya adalah wakil daripada Ibu Pejabat, Perbendaharaan Bahagian Miri dan Perbendaharaan Bahagian Limbang.

maulidur rasul peringkat negeri



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman