News

 

FIVE'02 Naib Juara SCSICA 2022

Posted on 23 Oct 2022
Source of News: Kumpulan FIVE'02, TVS, UKAZ, Rakan Sarawak

Kumpulan KIK Jabatan, FIVE'02 melakarkan kejayaan buat jabatan apabila dinobatkan Naib Juara dalam Majlis Anugerah Konvensyen Inovasi (SCSICA) 2022 yang berlangsung pada 21 Oktober 2022 bertempat  Hotel Raia, Kuching. Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Kumpulan FIVE'02 juga telah berjaya mendapat 6 Bintang dalam pertandingan ini. Seramai 45 Kumpulan KIK telah bertanding dalam Pertandingan Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula daripada 17-19/10/2022. Bermula dengan penyertaan dalam Mini Konvensyen anjuran UPPN, yang telah menyaksikan 132 kumpulan KIK bertanding untuk saringan ke pertandingan peringkat SCSICA 2022. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari berkata  beliau yakin sektor Perkhidmatan Awam Negeri berupaya menjadi ‘enjin’ dalam merealisasikan matlamat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). Beliau telah menzahirkan rasa syukur dan memuji perkhidmatan awam yang begitu inovatif dalam menghasilkan sesuatu yang baru. 

Disamping itu, Kumpulan KIK jabatan iaitu Revenue Squad dan DO IT 5 yang telah berjaya diperingkat pertandingan antarabangsa di India telah dijemput hadir ke konvensyen ini.

majlis anugerah inovasi SCSICA     Piala Naib Johan SCSICA 2022


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman