News

 

Sesi Libat Urus 2022

Posted on 28 Oct 2022
Source of News: Seksyen Khidmat Perakaunan

Seksyen Khidmat Perakaunan telah menganjurkan Sesi Libat Urus 2022 bersama Pegawai Pengawal pada 26.10.2022. Sesi ini telah dirasmikan oleh Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak yang diadakan di Tingkat Bawah, Bangunan Baitul Makmur II bermula jam 8.30 pagi. Ianya telah dihadiri oleh wakil 45 Pegawai Pengawal terutamanya dari Unit Akaun masing-masing. Dalam sesi ini, pegawai telah didedahkan dengan prestasi akaun di jabatan masing-masing antaranya:

  1. Pengesahan Akaun Bulanan Forwarding Advice.
  2. Isu – isu Audit dan Inspektorat
  3. Rekod Cek Terbatal & EFT Terbatal.
  4. Rekod A.P 58(a) 2022.
  5. Baki tertunggak Akaun Amanah Deposit di bawah Akauntan Negeri dan Personal Advance.
  6. Prestasi perbelanjaan setakat September 2022 bagi komitmen tertunggak dan perbelanjaan melebihi peruntukan.
  7. Taklimat daripada Seksyen Akruan.
Taklimat telah disampaikan oleh Cik Nanti Jalil, Penolong Akauntan Negeri (Khidmat Perakunan). Memandangkan Kerajaan Negeri Sarawak ke arah Perakaunan Akruan, masa satu sesi taklimat ringkas berhubung Perakaunan Akruan telah dibentangkan oleh Puan Wang Boi Hua, Penolong Akauntan Negeri Kanan (Seksyen Akruan). 
sesi libat urus 2022



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman