News

 

PELANCARAN JERAYAWARA PROGRAM SEJIWA SENADA

Posted on 12 Aug 2010

Program Jerayawara Sejiwa Senada (PSS) yang pertama telah berlangsung pada 12-13 Jun 2010 bertempat di Tapak Pameran, SK Perbandaran No.3, Sibu. Ia telah dilancarkan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.


PSS merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk mendekati rakyat iaitu membawa Kerajaan kepada rakyat melalui pameran perkhidmatan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan yang melibatkan lebih dari 100 buah gerai pameran.

Gerai pameran JPNS telah dikunjungi lebih dari 200 pengunjung semasa pameran 2 hari tersebut yang antara lain mempamerkan latar belakang, fungsi dan perkhidmatan jabatan dan tayangan berinformasi melalui corporate slide show dan juga perkhidmatan on-line E-Gaji Portal.



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman