News

 

Sesi Pra Penutupan Akaun Tahunan Bersama Perbendaharaan Bahagian

Posted on 04 Nov 2022
Source of News: Seksyen Khidmat Perakaunan

Semua Akauntan Perbendaharaan Bahagian dan wakil telah hadir ke sesi Pra Penutupan Akaun Tahunan yang dianjurkan oleh Seksyen Khidmat Perakaunan pada 2.11.2022. Sesi ini telah dilaksanakan di Tingkat 10 Bangunan Baitul Makmur II (Sayap Kiri) yang dipengerusikan oleh Cik Rabiah Zaidan selaku Ketua Seksyen Khidmat Perakaunan. Turut hadir sama adalah Encik Christopher Danan Binjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak dan Ketua-Ketua Seksyen di Ibu Pejabat. Aktiviti ini adalah untuk memberikan maklumat awal berhubung draf pekeliling penutupan akaun tahunan 2022. Semua pegawai telah dimaklumkan tarikh-tarikh penting untuk tindakan semasa sesi penutupan akaun tahunan nanti. Dalam sesi ini juga, pegawai telah dimaklumkan dengan maklumat dan pelan dalaman bagi penutupan akaun ini.

 

pra penutupan akaun tahunan

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman