News

 

Program Suai Kenal Akauntan WA41

Posted on 12 Dec 2022

Unit Pentadbiran menganjurkan Program Suai Kenal Akauntan WA41 bagi semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Residen seluruh Sarawak pada 12.12.2022 bertempat di Hotel Imperial, Kuching. Semua pegawai baru dilantik sebagai penjawat awam Negeri Sarawak telah hadir ke sesi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Hajah Elean Binti Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak. Turut hadir adalah Encik Christopher Danan Banjie, Timbalan Akauntan Negeri Sarawak. 

Pada sesi ini, pegawai baru telah berpeluang untuk mendengar amanat Akauntan Negeri Sarawak yang mana beliau telah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya terpilih sebagai penjawat awam Negeri Sarawak. Para Akauntan baru telah dinasihatkan agar dapat menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam Negeri Sarawak.

Akauntan Negeri Sarawak memaklumkan kepada semua pegawai bahawa Kerajaan Negeri dalam proses peralihan daripada 'Modified Cash Accounting' kepada 'Accrual Accounting'. Justeru itu, beliau menekankan agar semua pegawai bersedia dan melengkapkan diri dengan pembelajaran dan tugasan sebagai penjawat awam dalam menjaga wang awam. Pegawai juga diingatkan bahawa mereka merupakan tulang belakang kementerian dan jabatan masing-masing dan mereka adalah yang menentukan imej jabatan mereka di mata rakyat. Justeru itu, mereka memastikan nilai integriti diamalkan dalam menjalankan tugas kepada rakyat.

Pegawai baru dinasihatkan untuk bersedia dan sanggup menerima cabaran dalam melaksakan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan serta menyampaikan perkhidmatan perakaunan di jabatan masing-masing secara profesional. Pegawai juga diingatkan untuk menyokong fungsi jabatan masing-masing sebagai seorang Akauntan. Akauntan Negeri juga mengingatkan untuk menjaga disiplin dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai serta boleh berkongsi ilmu.

program suai kenal akauntan wa41

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 16 Oct 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman