Berita

 

Bengkel Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Dan Penyata Prestasi Bajet

Disiarkan pada 22 Jun 2023
Sumber Berita: Unit Akruan
Unit Akruan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Dan Penyata Prestasi Bajet pada 20.6.2023 - 21.6.2023. di Raia Hotel, Kuching. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negeri Sarawak, Encik Christopher Danan Binjie. Beliau telah menyampaikan amanat Akauntan Negeri Sarawak yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi yang lain. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai perakaunan perkhidmatan awam Kerajaan Negeri khususnya di kalangan Akauntan dan kakitangan terlibat tentang penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan dan Penyata Prestasi Bajet. 





 


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman