News

 

Datu Hajah Elean Menerima Pingat Peringatan Jubli Intan Sarawak

Posted on 13 Jul 2024
Source of News: Unit Hasil, Seksyen Pentadbiran, Utusan Borneo, UKAS
Pada 11 Julai 2024, Datu Hajah Elean Binti Masa'at, Akauntan Negeri Sarawak telah menerima Pingat Peringatan Jubli Intan (Gangsa) Sarawak. Majlis telah diadakan di Dewan Santapan, Aras 1, Dewan Undangan Negeri dan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Timbalan Primier Sarawak. 

Seramai 176 penerima masing-masing menerima Pingat dan Anugerah Khas Peringatan Terpuji Jubli Intan (Gangsa) telah hadir ke majlis ini. Penyampaian anugerah terbabit adalah sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Hadir sama majlis penyampaian anugerah itu ialah Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) Datu Hii Chang Kee.


Sila klik video anugerah

majlis pingat peringatan jubli intan sarawak

 


© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman