News

 

Refleksi 1Perbendaharaan (Julai & Ogos 2011)

Posted on 09 Aug 2011

Refleksi 1Perbendaharaan telah diadakan pada 28.07.2011 di Perkarangan Menara Pelita. Akauntan Negeri Sarawak dalam ucaptamanya memberikan ucapan syabas kepada 2 Kumpulan KIK yang telah terpilih ke pusingan akhir KIK Peringkat Negeri pada 05.07.2011 yang lalu. Kumpulan berkenaan adalah Kumpulan SKIP yang diketuai oleh Encik Christopher Danan Binjie dan Kumpulan Harmoni Utara dari Miri yang diketuai oleh Encik Rolend Tama.

Akauntan Negeri juga mengucap tahniah kepada semua staf atas kejayaan penilaian Indeks Akauntabiliti (IA) oleh Pihak Audit Negara yang mana Pejabat Perbendaharaan telah berjaya mengekalkan penilaian bintang tertinggi iaitu 4 bintang bagi IA tahun 2010

slide show refleksi 1perbendaharan julai dan ogos 2011

Beliau juga mengingatkan bahawa Laporan Audit adalah sebagai garis pengukur untuk ketinggian kesempurnaan tahap pencapaian jabatan yang dilaksana selama ini. Setiap staf diingatkan untuk proaktif dalam memastikan segala akaun yang diselenggara adalah dalam keadaan sentiasa dikemaskini.

Semua Ketua Seksyen dan Unit dinasihatkan agar memastikan tiada ruang bagi tugas-tugas terlepas pandang dan kesuntukan masa tidak patut dijadikan alasan atau halangan dalam tugas yang diamanahkan. Malah semua Ketua Seksyen/Unit diingatkan untuk lebih agresif mencari penyelesaian sesuatu isu atau masalah.

Di akhir ucapanya, Akauntan Negeri Sarawak menyampaikan amanat YB Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak agar semua pegawai tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram kerana ianya menyalahi undang-undang.

 

 



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman