Pejabat Majlis Kanser Nasional Sibu telah mengadakan sesi taklimat Cakna Kanser di Pejabat PB Sibu pada 21.02.2025 yang disampaikan oleh Mohd Hidhir Bin Abu Bakar. Objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kanser di Malaysia dan juga peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan. Pada sesi tersebut juga pegawai diberi penerangan berkenaan pemberian sumbangan kepada pesakit kanser yang memerlukan melalui program “My Pledge Agains Cancer”.