Jawatankuasa EKSA pejabat telah mengadakan aktiviti gotong-royong pada 09 Mei 2025. Fokus utama pelaksanaan aktiviti ini adalah mengemas ruang kerja, ruang am, pantri, bilik mesyuarat dan bilik cetakan. Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja dapat membersihkan pejabat, tetapi juga mempereratkan hubungan antara rakan sekerja dan meningkatkan produktiviti dalam suasana kerja yang lebih positif.