News

 

Perbarisan Dan Rapat Raksasa Sempena Hari Jadi Ke-90 TYT

Posted on 29 Sep 2011

Perbendaharaan Negeri Sarawak telah bergabung dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan Kementerian Kewangan dalam perbarisan sempena sambutan Hari Jadi Ke-90 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak  pada 24.09.2011. Seramai 90 kontigen telah berarak sempena sambutan Hari Jadi TYT. Kementerian Kewangan telah menghantar 43 peserta bagi perbarisan ini. Kontigen Kementerian Kewangan telah diketuai oleh Pegawai Tadbir, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak iaitu Encik Raca Mulong. Manakala Ketua Koman Kontingen adalah Encik Mohd Salleh Sahari dari Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri. Pihak Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sarawak khususnya merakamkan ucapan penghargaan yang tak terhingga kepada Jurulatih Encik Jemali Amat daripada Unit Keselamatan, Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang telah sudi meluangkan masa beliau dan sentiasa memberi semangat kepada Kontingen Kementerian Kewangan sepanjang latihan perbarisan.

slide show perbarisan tyt ke 90



© Hak Milik Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.


Last Updated On 06 Sep 2024

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis

8 pagi hingga 1 petang & 2 petang hingga 5 petang

Jumaat

8 pagi hingga 11:45 pagi & 2:15 petang hingga 5 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Kaunter Tutup

image Undian
image Pengumuman